Thursday 5 July 2012

Pertandingan Kawad Kaki KRS (lelaki) Peringkat Daerah 2011

           Pada hari Isnin 9/4/2012 yang lalu, Pasukan KRS Lelaki SMK Impian Emas telah menyertai Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah. SMK Impian Emas telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi acara tersebut. Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, pasukan sekolah telah berjaya mendapat tempat PERTAMA sekaligus merangkul piala KETUA PLATUN TERBAIK peringkat daerah Johor Bahru.

Ketika sesi pemeriksaan pakaian seragam



Sesi bergambar setelah diumumkan sebagai JUARA

        Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar serta guru-guru yang telah berhempas pulas untuk mengekalkan kejuaraan selama 4 tahun berturut-turut! Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk menempa kejayaan yang lebih pada masa akan datang. Tahniah sekali lagi!


1 comment:

  1. Pastikan Johan negeri tahun 2013 milik KRS SMKIE.

    ReplyDelete