Tuesday 23 February 2021

MAJLIS BACAAN YAASIN & DOA SELAMAT UNTUK SPM 2020


       Telah berlangsung Majlis Bacaan Yaasin & Doa Selamat untuk SPM 2020  secara 'live' di Channel YouTube Rasmi SMK Impian Emas pada 20/2/2021. Bacaan Yaasin dan doa selamat diketuai oleh Ustaz Azan bin Alias dan diikuti dengan ucapan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Impian Emas, CIkgu Nazarudin bin Abu Talib.




Bagi yang terlepas untuk menyaksikan majlis ini, boleh tonton video di YouTube Channel SMK Impian Emas. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mengikuti siaran langsung ketika majlis dijalankan. 

Monday 15 February 2021

PROGRAM ORIENTASI MURID PERALIHAN & TINGKATAN 1


NORMA BAHARU PROGRAM ORENTASI MURID TINGKATAN PERALIHAN DAN TINGKATAN 1, 2021


Saksikan secara langsung, Norma Baharu Orentasi Murid Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1 secara langsung melalui media sosial SMK IMPIAN EMAS. 


Dengarkan secara langsung ucapan barisan pentadbiran SMKIE serta taklimat-taklimat berkaitan peraturan sekolah, Program Nilam, Unit HEM, Unit Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling serta mengenali serba sedikit mengenai SMK Impian Emas. 


Kehadiran murid akan diambil mengikut slot sepanjang program dijalankan. Ucaptama oleh Pengetua SMK Impian Emas. Jangan terlepas saksikan. 


Tarikh: 16 Februari 2021 (SELASA) 

Masa: 10.00 pagi - 3 Petang 


Siaran Langsung :


Youtube rasmi SMK Impian Emas:

https://www.youtube.com/channel/UCnvoxnjGbDFH1mxpDKFrIsA


Facebook rasmi SMK Impian Emas:

https://www.facebook.com/smkimpianemasofficial/

Thursday 11 February 2021

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH CALON-CALON SPM 2020!

 

Minggu pertama persekolahan untuk Tahun 2021 bermula pada hari Rabu 20.1.2021. Hanya murid-murid Tingkatan 5 2020 sahaja yang hadir ke sekolah untuk sesi bersemuka. 

Murid-murid diingatkan untuk mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka setiap masa, mengambil suhu dan mencuci tangan dengan kerap serta mengamalkan penjarakan setiap masa.

Bacaan suhu murid diambil setiap pagi oleh guru bertugas


Bacaan suhu guru juga diambil setiap pagi di pagar utama


Murid akan sanitasi tangan sebelum masuk ke kelas


Murid akan merekodkan bacaan suhu di fail yang disediakan



SOP akan dibacakan oleh guru bertugas setiap pagi dan ketika rehat


Semoga kita dapat memutuskan rangkaian Covid-19 dan semua murid dapat kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran di dalam kelas.





SELAMAT BERCUTI & MENYAMBUT PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2021