Tuesday 20 November 2018

Program Sekolah Lestari (4)

SUMBER KEWANGAN AKTIVITI LESTARI SEKOLAH


Sumber kewangan untuk pengurusan aktiviti lestari adalah  diperoleh daripada sumber berikut:

I.   Jualan sayur-sayuran melalui Projek Bumi Hijau

Hasil jualan digunakan untuk membantu dalam program alam sekitar sekolah serta   menampung kos untuk pembelian biji-biji benih dan penambahbaikan barang-barang keperluan pertanian.

II.  Bantuan / derma daripada pihak luar

          Sokongan dan bantuan daripada badan-badan swasta seperti NGO,PIBG ,Majlis Bandaraya                       Iskandar Puteri, Jabatan Pertanian,orang perseorangan dengan memberi bantuan kewangan dan 
           pelbagai keperluan kepada sekolah seperti baja organik, biji benih dan sebagainya.

III. Sumbangan Kelab Guru dan kakitangan serta koperasi sekolah

IV.  Sumbangan Pengusaha Kantin Sekolah

V. Saguhati menjadi pemenang dalam pertandingan lanskap sekolah dan Surau al Falah SMK 
    Impian Emas anjuran MPJBT (RM1700.00)

     




MENDAPAT DUA ANUGERAH DALAM KARNIVAL MBPI :

Juara lanskap kategori surau sekolah dan tempat kedua lanskap sekolah




PERBINCANGAN DENGAN PEGAWAI LEMBAGA NANAS JOHOR UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK PENANAMAN NANAS(MENDAPAT SUMBANGAN BENIH NANAS SEBANYAK 400 POKOK ,BAJA DAN PERALATAN UNTUK MENANAM)


LAWATAN DARIPADA WAKIL ANGKASA KE KEBUN NANAS


MENERIMA KUNJUNGAN LAWATAN DARIPADA SMK KENINGAU,SABAH KE KEBUN NANAS SEKOLAH.
















Program Sekolah Lestari (3)

PENGIKTIRAFAN AMALAN BAIK MENJAGA KEBERSIHAN



Ketua kelas dan guru kelas menerima saguhati sebagai juara bulanan kebersihan dan keceriaan kelas



Program Sekolah Lestari (2)


 PENGGUNAAN PRODUK DAN TEKNOLOGI HIJAU- PENJANAAN EKONOMI.


Penggunaan tayar terpakai sebagai tempat untuk menanam pokok,selain daripada jimat kos ia kelihatan menarik.

Hasil idea murid-murid,kami juga menggunakan bekas baju pencuci sebagai alat untuk menyiram pokok-pokok di taman mengikut giliran jadual murid-murid yang bertugas.

Menggunakan bahan terpakai dalam membina lanskap kejur di taman-taman tertentu contoh Taman Cendiakawan, patung orang-orang dibina dengan menggunakan pasu pokok yang telah besar dipindahkan ke dalam tanah

Program Sekolah Lestari (1)

PRASARANA  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Selain daripada bilik darjah yang telah khusus disediakan, dengan inisiatif guru-guru telah wujud stesen pendidikan untuk proses pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah yang berkonsepkan cintai alam sekitar. SMK Impian emas mempunyai lima stesen pendidikan diluar bilik darjah iaitu :
  • -       Stesen Pendidikan Spora –contoh pembiakan cendawan
  • -       Stesen Pendidikan Vegetatif – contoh Penanaman nanas
  • -      Stesen Pendidikan Agroponik  -contoh Penanaman sayur
  • -       Stesen Pendidikan Fertigasi –contoh penanaman cili
  • -       Stesen amali Pendidikan Islam .
  • -       Taman-taman beserta wakaf
  • -       Stesen Pendidikan Solar –lampu solar di Taman Firdausi
  • -       Sudut Pidato – Bahasa Melayu dan Inggeris
  • -       Stesen Pendidikan Jasmani
Dibawah adalah senarai bilik-bilik khas yang diwujudkan untuk membantu dalam proses Pdpc:
  • -       Pusat Sumber Sekolah – maklumat bercetak
  • -       Bilik Komputer – maklumat tidak bercetak
  • -       Bilik Pendidikan Seni Visual
  • -       Bilik Kemahiran Hidup – Teknikal
  • -     Bilik Kemahiran Hidup – Sains Rumah tangga
  • -       Bilik Sains Kejuruteraan
  • -       Bilik Geografi – khusus kepada pembelajaran mata pelajaran Geografi
  • -       Bilik Sejarah – khusus kepada pembelajaran mata pelajaran Sejarah
  • -       4 bilik Makmal Sains.
  • -       Surau al Falah –pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam
  • -       Bilik sanggar bahasa – untuk aktiviti/program umum 


BILIK GEOGRAFI-KONSEP MESRA WARNA 


SALAH SATU BILIK MAKMAL SAINS YANG DILENGKAPI DENGAN PROJEKTOR MEMUDAHKAN URUSAN PDPC DAN MENJIMATKAN PENGGUNAAN KERTAS


STESEN PENDIDIKAN SPORA –PEMBIAKAN CENDAWAN


SUDUT PIDATO BAHASA