Tuesday 16 October 2012

BENGKEL FROG VLE

Hari : Sabtu
Tarikh : 13/10/2012
Tempat : Bilik Sanggar Bahasa SMK Impian Emas


           Jawatankuasa Frog Team Sekolah telah mengadakan bengkel  Frog VLE kepada semua guru-guru di SMK Impian Emas. Aplikasi Frog VLE (Virtual Learning Environment) akan mula digunakan di peringkat sekolah bermula sesi 2013. Aplikasi ini adalah di bawah program 1Bestarinet yang melibatkan guru-guru,staf, pelajar-pelajar serta ibu bapa.

Guru-guru memberi tumpuan sepanjang bengkel diadakan. Setiap guru menggunakan laptop untuk mengaksess ke dalam aplikasi menggunakan wireless YES 4G.


Guru-guru dibantu oleh frog team yang juga merupakan admin Frog VLE sekolah. 

         Secara keseluruhannya, bengkel telah berjalan dengan lancar. Guru-guru diberi pendedahan untuk mengemaskini dashboard peribadi,membina kalender,membina bahan pengajaran menggunakan sites dan menghantar tugasan kepada pelajar-pelajar. 

Monday 15 October 2012

PERHIMPUNAN GURU MUDA 1 MALAYSIA

Perhimpunan Guru Muda 1 Malaysia (gm1m)

Tarikh : 13 Oktober 2012
Masa : 7.30am-1.00pm
Tempat : Pusat Ko-kurikulum, Kem Tasek Utara. Johor Bahru.
Dirasmikan oleh : Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin
                             (Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia)


Moto GM1M
 " GM1M, Melonjak Transformasi Pendidikan.

Objektif
" GM1M menghayati bahawa sumbangan mereka sebagai penggerak dan pemacu keberhasilan PPPM amat diharapkan dan sangat dihargai oleh kerajaan.
"GM1M menyedari bahawa sebagai Peneraju Masa Depan pendidikan negara, mereka diberi peluang dan ruang oleh kerajaan untuk menymbang idea, kreativiti, inovasi, bakat dan buah fikiran.

SMK Impian Emas telah dilantik sebagai AJK Facebook GM1M.



Banting gm1m "Saya Nak Jadi Cikgu"
Bersama-sama Ketua Unit ICT JPNJ
Tag-tag nama Moderator
Setting up
Penerangan Moderator kepada Pengunjung Booth

Beramai-ramai di kaunter pendaftaran

Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

TPM tengah mengunjung Booth Kita! Ramainya reporter
 
Bersama-sama belajar QR Reader