SMK Impian Emas telah terpilih untuk pemantauan pelaksanaan PBS bagi fasa 1 bermula 8 hingga 9 September 2014 . Antara dokumen - dokumen yang dipantau ialah Dokumen PS , PT3 , PAJSK dan PPsi. Selain itu juga pemantauan , pementoran , penyelarasan dan pengesanan diberi penekanan bagi memastikan PBS dilaksanakan dengan lancar dan mematuhi arahan - arahan yang ditetapkan KPM.
Secara keseluruhan, jemaah nazir berpuas hati dengan pelaksanaan PBS yang telah dijalankan oleh pihak sekolah di samping beberapa penambahbaikan perlu dilakukan.
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA WARGA SEKOLAH SMKIE..........
No comments:
Post a Comment