Minggu pertama persekolahan untuk Tahun 2021 bermula pada hari Rabu 20.1.2021. Hanya murid-murid Tingkatan 5 2020 sahaja yang hadir ke sekolah untuk sesi bersemuka.
Murid-murid diingatkan untuk mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka setiap masa, mengambil suhu dan mencuci tangan dengan kerap serta mengamalkan penjarakan setiap masa.
 |
Bacaan suhu murid diambil setiap pagi oleh guru bertugas |
 |
Bacaan suhu guru juga diambil setiap pagi di pagar utama |
 |
Murid akan sanitasi tangan sebelum masuk ke kelas |
 |
Murid akan merekodkan bacaan suhu di fail yang disediakan |
 |
SOP akan dibacakan oleh guru bertugas setiap pagi dan ketika rehat |
Semoga kita dapat memutuskan rangkaian Covid-19 dan semua murid dapat kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran di dalam kelas.
No comments:
Post a Comment