Tarikh : 13/10/2012
Tempat : Bilik Sanggar Bahasa SMK Impian Emas
Jawatankuasa Frog Team Sekolah telah mengadakan bengkel Frog VLE kepada semua guru-guru di SMK Impian Emas. Aplikasi Frog VLE (Virtual Learning Environment) akan mula digunakan di peringkat sekolah bermula sesi 2013. Aplikasi ini adalah di bawah program 1Bestarinet yang melibatkan guru-guru,staf, pelajar-pelajar serta ibu bapa.
Guru-guru memberi tumpuan sepanjang bengkel diadakan. Setiap guru menggunakan laptop untuk mengaksess ke dalam aplikasi menggunakan wireless YES 4G.
Guru-guru dibantu oleh frog team yang juga merupakan admin Frog VLE sekolah.
Secara keseluruhannya, bengkel telah berjalan dengan lancar. Guru-guru diberi pendedahan untuk mengemaskini dashboard peribadi,membina kalender,membina bahan pengajaran menggunakan sites dan menghantar tugasan kepada pelajar-pelajar.
No comments:
Post a Comment